
Mohd Nazmi
6 tahun
Mengapa isteri saya keputihan bila kami bersama?
Selamat pagi doctoroncall. Masalah saya disini adalah berkaitan dengan alat kelamin, setiap kali bersama isteri akan terjadi keputihan kepada isteri saya, jadi apakah jenis penyakit dan ubat jika keputihan itu datang dari saya? keputihan isteri saya tidak terjadi sekiranya kami tidak bersama

6 tahun
Terima kasih kerana menghantar soalan anda kepada kami. Selamat petang kepada anda. Saya kira jika keputihan itu berlaku hanya apabila saudara melakukan hubungan intim bersama isteri, itu mungkin disebabkan air mani saudara mahupun dari isteri. Keadaan sebegini boleh dikira sebagai satu situasi yang normal. Namun jika ianya berlaku selain daripada hubungan kelamin dan ada simptom-simptom lain yang hadir seperti gatal-gatal, sakit ketika hubungan seks dilakukan, sakit pada bahagian bawah abdomen atau sakit ketika kencing atau sedang membuang air kecil, maka peperiksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan haruslah dilakukan.
Hal tersebut boleh disebabkan oleh penyakit kelamin atau sexual transmitted disease STD. Contoh penyakit kelamin adalah chlamydia, sifilis, gonorrhoea dan banyak lagi. Satu kondisi lain yang sangat kerap terjadi pada kebanyakan wanita adalah kandidiasis vagina. Ia adalah sejenis jangkitan yis pada faraj, yang biasanya disebabkan oleh Candida Albicans.
Untuk merawat kandida jika isteri tuan mempunyainya, terdapat beberapa pilihan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan. Walaupun kandidiasis ini adalah satu penyakit yang jarang berjangkit, ia juga berpotensi untuk berjangkit dengan pasangan tanpa disedari. Oleh itu, anda hendaklah mengamalakn seks yang sihat seperti mengenakan kondom untuk mengelakkan daripada dijangkiti kandida.

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti anda mempunyai penyakit kelamin dan ia merebak kepada isteri anda selepas melakukan hubungan intim. Terlebih dahulu saya ingin menerangkan jenis-jenis keputihan.
Terdapat dua jenis iaitu keputihan yang normal dan juga keputihan yang berpenyakit. Keputihan yang normal biasanya merangkumi lendiran yang berwarna putih atau kekuningan, tidak berbau dan tiada kegatalan di faraj. Manakala keputihan yang berpenyakit mempunyai lendiran yang tebal, berbau dan berwarna kuning, hijau atau coklat serta menyebabkan kegatalan di faraj.
Dalam situasi isteri anda, ia merupakan keputihan yang berpenyakit. Anda dan isteri juga mungkin mempunyai masalah sakit ketika kencing dan rasa terbakar. Jika isteri anda juga mengalami pelepasan keputihan yang tebal seperti keju, ini mungkin jangkitan yis. Ia juga akan menyebabkan sensasi terbakar semasa membuang air kecil dan gatal-gatal.
Saya cadangkan agar anda dan isteri berjumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian pengesahan. Keputusan boleh diperolehi dalam masa beberapa minit menggunakan kit ujian. Doktor anda akan memberikan antibiotik dan ubat sapu jika perlu. Apabila dalam rawatan, anda dan isteri disarankan untuk menahan diri daripada melakukan hubungan intim sehingga anda diketahui dengan jelas bebas daripada sebarang jangkitan.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda. Bagi setiap wanita, mereka mempunyai discaj dari faraj. Discaj faraj mempunyai fungsi pelinciran dan pembersihan alat kelamin mereka. Cecair yang dikeluarkan oleh kelenjar di dalam faraj dan cerviks membantu membawa sel-sel yang mati dan bakteria keluar dari alat kelamin. Proses ini membantu mencegah jangkitan dan memastikan kebersihan alat kelamin.
Selalunya, dicaj faraj ini adalah normal dan mempunyai perbezaan dari segi warna dan bau yang tertakluk kepada masa kitaran haid anda. Kebanyakan cecair faraj ini adalah tidak berbau dan mempunyai warna yang telus ke keputihan susu. Discaj daripada faraj akan menjadi tidak normal sekiranya dijangkiti bakteria ataupun yeast. Selain itu, penggunaan antibiotik, pil perancang dan amalan douching boleh memberikan masalah discaj faraj yang tidak normal.
Daripada deskripsi anda, keputihan ini memang berlaku ketika hubundan seks sahaja. Adakah isteri anda mempunyai kesakitan, kegatalan ataupun ketidakselesaan selepas itu ? Jikalau berlaku simptom-simptom ini, maka isteri kamu berkemungkinan mempunyai jangkitan vaginal candidiasis yang berkemungkinana berlaku selepas seks. Vaginal candidiasis adalah disebabkan oleh pembiakan candidiasis yang berlebihan dalam faraj kerana kekurangan bakteria yang baik dalam faraj untuk mengawal pembiakan candidiasis ini. Masalah ini bukan penyakit kelamin dan boleh dirawati dengan ubat anti-fungal.
Jikalau keputihan itu tidak memberi apa-apa masalah, maka keputihan adalah proses normal yang saya jelaskan di atas. Ia merupakan respons faraj untuk melincirkan dan membersihkan faraj. Semoga saya menjawab soalan anda.