
Sulit
3 tahun
Menggigil dan menangis secara tiba-tiba
Hi, saya wanita berumur 19 tahun dan saya selalu sangat menggigil dan menangis secara tiba-tiba. Kadang, saya banyak menghabiskan masa berseorangan, saya selalu mengelak daripada berjumpa atau komunikasi dengan orang, bila saya bercakap dengan seseorang atau orang ramai tangan saya akan berpeluh dan dada saya berdegup laju,saya juga banyak menyalahkan diri saya dalam beberapa hal.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala menggigil dan menangis secara tiba-tiba. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada rakan-rakan atau orang yang dipercayai dan memahami keadaan anda ataupun menghubungi pihak Befrienders ataupun talian mereka, 03-76272929.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.