
Sulit
3 tahun
Menghilangkan rasa untuk minum ketum
Kawan saya berumur 23 tahun , adalah peminum ketum . Untuk menghilang rasa sakit dibadan . Dan kawan saya mmg nk berhenti minum ketum tetapi akan sakit di bahagian belakang terlalu kuat . Apakah ubt yg patut sy makan doc

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kawan anda yang mengambil air ketum untuk menghilangkan rasa sakit badan. Pengambilan air ketum boleh membahayakan kesihatan. Masalah utama dengan pengambilan air ketum ialah ketagihan. Oleh itu, sebaiknya kawan anda dirujuk kepada doktor supaya ubat yang bersesuaian dapat diberikan mengikut tahap kesakitan yang dialami oleh kawan anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian mengenai masalah ini supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.