
Sulit
4 tahun
Mulut rasa manis sedangkan tidak makan dan minum
Mulut berasa manis diikuti air liur yang cair dan banyak,last makan dalam 4 jam yang lalu,Tidak mengambil sebarang makanan/minuman manis

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada memakan atau meminum benda yang manis terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan perkara yang alami seperti:
- Kencing manis
- Masalah kelenjar tiroid
- Strok
- Sawan
- Jangkitan pada hidung, resdung atau tekak
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.