
Sulit
4 tahun
Onani dan nafsu yg menghairah…seperti nafsu kuda di umur yg awal
Saya seoarang lelaki… Saya berumur 17 tahun…saya terlalu bernafsu…selepas saya puas beronani sekali…saya tetap teruskan beronani lagi utk berejakulasi kali ke2 …bagaimana cara nk turunkan nafsu berghairah saya…saya sudah lama cari pertolongan utk membantu saya mengurangkan nafsu ini…bantu saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, onani adalah perkara seksual yang normal dilakukan tanpa mengira jantina. Namun begitu, masalah akan timbul sekiranya anda melakukan onani sehingga mengganggu aktiviti harian dan fungsi anda sebagai seorang manusia.
Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan dari beronani dengan terlalu kerap:
- Menjauhkan diri daripada bahan pornografi
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan dan bersenam
- Berjumpa dengan doktor pakar atau ahli psikologi untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai masalah yang anda alami
Saranan kami adalah anda sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah psikologi dan anda tidak perlu risau kerana perkara ini dapat dirawat dan anda dapat dibantu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.