
Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin herpes dan rawatan
Saya lelaki berumur 30an. Baru ini sya di diagnosed positif herpes… Adakah herpes boleh membawa kematian atau mengganggu organ dalaman saya. Adakah saya boleh berkahwin atau mempunyai pasangan. Boleh ka herpes berjangkit melalui sentuhan seperti bersalaman, berpelukan. Saya ada simptom seperti jerawat kecil di bahagian bawah pusat saya berdekatan dengan alat sulit saya. Saya nak tanya adakah herpes boleh menyebabkan seseorg itu kehilangan berat badan dan tidak punya selera makan? Herpes tidak punya ubat namun hanya boleh merawat simptom2 di sebabkan herpes. Betul ka? Dan simptom2 sperti ulser ketuat akan muncul kembali ketika imunisasi seseorg itu lemah. Adakah itu benar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Sekiranya anda mempunyai herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.
Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.
Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif. Anda disarankan menggunakan kondom sewaktu bersama pasangan anda. Namun, ia hanya akan dijangkiti jika anda sedang dalam tempoh aktif jangkitan herpes tersebut. Sesetengah orang akan mempunyai kurang selera makan, lantas berat badan pun akan menurun.
Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.