
Sulit
4 tahun
Perasaan takut mati, saya tidak dapat mengenali penyakit tersebut, tapi saya baca sama ada ia gerd, panic attack ataupun anxiety
Assalamualaikum dr, saya berumur 21 tahun. Kebelakangan ini saya sering dihantui perasaan takut mati kerana saya terbaca di google mengenai tanda tanda kematian dan benda itu menyebabkan saya berasa takut dan perasaan tersebut membuatkan saya sampai panic dan bersendirian. Saya juga sering berasa sakit perut, kerana terlampau takut, pening kepala, terasa sekatan di kerongkong. Macam mana saya nak mengatasi perasaan itu ye dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah keresahan boleh membawa simptom seperti:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Saya fahami tentang kebimbangan anda mengenai persoalan takut pada kematian kerana tiada seorang pun yang bersedia untuk menghadapi detik waktu tersebut. Untuk mengatasi perasaan tersebut, anda disarankan:
- tidak duduk bersendirian, hubungi rakan anda atau sibukkan diri anda dengan aktiviti sihat seperti berzumba dirumah agar anda boleh mengekalkan tubuh badan yang sihat lebih-lebih lagi anda masih muda
- melakukan aktiviti seperti yoga, berzikir dan aktiviti yang boleh menenangkan fikiran
- makan makanan yang sihat agar anda dapat memastikan tubuh badan anda kekal sihat. Amalkan konsep suku-suku separuh, (Suku; karbohidrat, suku protein separuh, buah dan sayur sayuran)
Namun, jika masalah ini berlanjutan sehingga menyebabkan anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti harian, dapatkan pemeriksaan fizikal daripada doktor dan pemeriksaan mental.
Saya harap nasihat ini bermanfaat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk penilaian yang lebih teliti, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.