
Sulit
4 tahun
Pesakit dialisis tidak boleh minum air mineral,fakta atau auta
Salam sejahtera, adakah benar pesakit dialisis tidak boleh minum air mineral,tetapi hanya boleh minum air RO? untuk pengetahuan ayah saya adalah pesakit dialysis stage 4

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada kajian yang menyatakan bahawa air mineral tidak boleh diminum oleh pesakit dialisis.
Namun begitu, anda perlu berjaga-jaga dengan beberapa brand air mineral yang mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Pesakit dialisis hanya dibenarkan untuk mendapat 750 mg - 2000mg sodium untuk satu hari. Saya sarankan ayah anda untuk mengikut perancangan diet yang telah ditetapkan oleh doktor pakarnya supaya kesihatan dia sentiasa terjaga.
Masih gusar dengan masalah buah pinggang? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.