
Sulit
4 tahun
Pregnant Test Negative
Sya dan miss period bila check kecing negative dan dah jumpa doktor … doktor check ada seperti bulat dalam rahim tapi tak pasti pregnant ka tak… so apa yg perlu sya buat doktor… apakah masalah yang tengah sya alami?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, “Urine Pregnancy Test” atau UPT dikatakan positif jika terdapat 2 garisan yang muncul selepas anda titiskan air kencing pada strip tersebut. Air kencing yang patut diambil seeloknya pada awal pagi selepas daripada bangun daripada tidur.
Jika terdapat hanya 1 garisan, ianya adalah negatif. Jika terdapat 1 garisan yang jelas beserta dengan 1 garisan yang kabur, kemungkinan besar ianya positif dan kemungkinan besar anda hamil. Selain itu, terdapat beberapa sebab kepada keputusan yang anda perolehi:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Bulat dalam rahim boleh disebabkan bayi mahupun ketumbuhan. Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan imbasan scan tersebut kerana tidak melihat imbasan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.