
chegusuemuhamad
5 tahun
Prosedur intubation dalam keadaan sedar
Bolehkah intubation dilakukan dalam keadaan sedar?.arwah adik saya di intubate dalam keadaan sedar,dan dia kelihatan sakit sepanjang prosedur itu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, prosedur ini merupakan prosedur kecemasan yang dilaksanakan doktor kerana khuatir pesakit tidak boleh bernafas dengan sendiri. Ia boleh dilaksanakan kepada pesakit dalam keadaan sedar, separa sedar atau tidak sedar sama sekali. Doktor akan berfikir secara kritikal dan membuat keputusan untuk menyelamatkan pesakit. Prosedur ini sememangnya tidak selesa namun, jika tidak dijalankan, dikhuatiri pesakit akan menghadapi komplikasi sehingga meragut nyawa.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.