
nuraqilahtaha6
5 tahun
Sakit lutut dan pergelangan tangan
Hai. Saya berumur 19 tahun. Sakit dibahagian kedua dua belah lutut saya dan pergelangan tangan kanan. Sakit apabila digerakkan atau melakukan aktiviti. Jari tengah tngan kiri sakit apabila dibengkokkan.
Sebelum ini semua sendi saya sakit dan doktor suspek saya arthritis dan ra tetapi keputusan smua negatif.
Boleh saya tahu sebenarnya saya sakit apa ye? Sebab dah dekat 3 bulan doktor masih tak pasti apa sakit saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di lutut anda yang timbul sewaktu digerakkan atau beraktiviti boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anterior cruciate ligament (ACL) ataupun medial collateral ligament terkoyak yang mana sakit akan muncul tiba-tiba. Yang kedua biasanya timbul akibat putaran yang berlebihan.
- Meniscus terkoyak biasanya akibat kecederaan lokal, sakit timbul saat bergerak
- Patellofemoral pain syndrome adalah rasa sakit yang timbul apabila lutut terlebih guna (overuse) sehingga cedera
- Tendonopathy akibat masalah tendon
- Bursitis ialah keradangan pada kantung yang berfungsi sebagai kusyen di lutut
- Osteoarthritis yang timbul akibat berat badan berlebihan sehingga beban berat terhadap lutut tinggi
Merujuk kepada sakit di pergelangan tangan sehingga kepada kesukaran membengkokkan jari, ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
- Writer’s cramp iaitu apabila penggunaan tangan berlebihan seperti akibat menulis
- Carpal tunnel syndrome menimbulkan rasa sakit apabila saraf di pergelangan tangan terjepit
Memandangkan sakit yang anda rasakan adalah dari atas (tangan) dan bawah (lutut), terdapat banyak lagi penyakit lain yang boleh menyebabkan dua lokasi berasa sakit pada waktu yang sama selain yang disenaraikan diatas ataupun yang diperiksakan oleh doktor anda. Bagi membantu proses mencari penyakit sebenar yang mendasari gejala yang anda alami, terdapat banyak persoalan yang harus ditanyakan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.