
Sulit
4 tahun
Sakit mata kiri apabila disentuh
Salam sejahtera Doctor. Mata sebelah kiri saya nampak secara luarannya tiada apa. Tapi bila sentuh bahagian bawah mata terutamanya bahagian di antara hujung mata kiri dengan batang hidung, ada rasa sakit. Kadang tu ada rasa gatal. So bila saya nak gosok mata tu, rasa la sakit tu. Bila tutup mata okay je. Cuma bila sentuh je rasa sakit. Kenapa ya? Dah beberapa hari macam ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit hujung mata kiri (dekat dengan hidung) apabila disentuh. Untuk makluman anda, gejala/masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman
- sumbatan pada saluran air mata
- keradangan pada saluran air mata
- sengatan serangga
- sinusitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala/masalah ini semakin berlarutan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan serta kesimpulan yang sempurna. Anda juga tidak digalakkan untuk menggosok-gosok mata anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.