
Sulit
4 tahun
Sakit pada tepi lidah tetapi tiada ulser
Saya wanita berusia 18 tahun mengalami sakit pada lidah tetapi tiada ulser atau sebarang luka . Adakah ini disebabkan anxiety ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pada bahagian lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Ulser
- Luka akibat makanan contohnya yang panas, tajam ataupun pedas
- Luka akibat tergigit atau struktur gigi yang tidak betul
- Cara memberus gigi yang salah
- Kurang menjaga kebersihan mulut
Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah:
- Memberus dan membersihkan gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Memperbanyakkan minum air
- Mengelakkan pemakanan yang boleh mengiritasi kulit mulut dan lidah
- Mengunjungi doktor gigi setiap 6 bulan
Untuk mendapatkan konsultasi doktor kami, silakan klik (DoctorOnCall) ataupun mengunjungi klinik kesihatan yang berdekatan agar masalah kesihatan anda dapat diatasi dan tidak memburuk. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.