
Sulit
4 tahun
Saya ingin bertanya tentang hypophrenia
Apakah maksud hypophrenia?saya ingin mengetahui maksud tersebut kerana abang saya sering mengatakan…kemungkinan besar saya menghadapi hypophrenia…apakah simpton simpton.dan sebb berlakunya hal demikian

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, hypophrenia adalah suatu keadaan di mana seseorang menangis tanpa sebab. Antara gejala masalah ini, pesakit akan kerap sedih dan menangis tanpa sebab. Pesakit juga berasa tidak ingin bersosial. Antara sebab-sebab berlakunya masalah ini adalah:
- Dikhianati oleh orang yang dipercayai
- Penyesalan yang mendalam
- Pengalaman traumatik
- Kehilangan seseorang
- Perubahan hormon
- Masalah mental
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.