Sulit

5 tahun

Saya mangsa rogol. Emosi terganggu dan terlalu takut mengandung

Hi doc. Saya perempuan berumur akhir 20an. Saya mangsa cabul dan rogol. Tolong la jangan tanya siapa, mengapa dan kenapa. Saya cuma nak minta tolong doc jawab soalan saya agar dapat membero sedikit ketenangan kepada saya. Haid saya yang terakhir adalah pada 5/2, dan kejadian tersebut pada 16/2. Jangkaan haid saya seterusnya adalah pada 2/3 mengikut apps yang saya gunakan. Darah haid saya telah datang seperti jangkaan dan hari ini adalah hari ke 6 haid saya. Walaupun ini merupakan tanda mutlak saya tidak hamil, Tapi oleh kerana saya masih risau, saya telah menjalani UPT test pada hari ke 4,5 dan 6 haid saya. Dan UPT tersebut menunjukkan hasil -ve. Jadi soalan saya, adakah masih ada kemungkinan saya hamil hasil dari peristiwa tersebut (16/2) ??

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Saya turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini.

Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. Tambahan lagi, haid yang normal merupakan salah satu tanda jelas tidak berlaku kehamilan. Namun saya sarankan anda untuk tetap ke klinik bagi mengetahui kondisi rahim dan kesihatan anda secara menyeluruh.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Namun saya juga terpanggil untuk menasihatkan anda agar dapatkan pertolongan segera sekiranya memerlukan sokongan moral, emosi dan kesihatan psikologi (mahupun fizikal) dalam waktu yang terdekat. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk mendapatkan sesi kaunseling jika tidak dapat melawat klinik dalam waktu yang terdekat. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.

Laporkan juga kepada pihak berkuasa sekiranya pelaku boleh diidentifikasi dan dibawa ke kes siasatan jenayah. Ini adalah untuk memastikan tindakan atau kemungkaran selanjutnya dapat dicegah. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi Women’s Centre for Change (WCC) untuk maklumat lanjut terkait situasi anda.

Menurut KKM, antara perkara yang mesti dilakukan oleh mangsa termasuk:

  • Jangan tertekan atau menyalahkan diri sendiri, serta pergi ke tempat yang selamat dan beritahu orang yang dipercayai.
  • Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin, sebaik-baiknya pada hari yang sama.
  • Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.

Antara perkara yang tidak disaranakan untuk dilakukan pula termasuk:

  1. Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis.
  2. Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.
  3. Jangan menukar pakaian.
  4. Jangan menggosok gigi.
  5. Jangan makan atau minum.
  6. Jangan pergi seorang diri. Pastikan pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor / polis.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.

AdobeStock_109053148

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)