Sulit
3 tahun
Saya mengalami jangkitan kalut pada kulit
Rambut penuh abuk kering
Kuku rosak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan masalah anda, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah kulit kepala kering serta kuku rosak. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda masalah yang anda nyatakan seiring dengan masalah kulit. Antara masalah kulit yang mempunyai gejala berikut adalah:
- Psoriasis
- Jangkitan kulat
- Alopecia
- Scleroderma
Diagnosis yang tepat tidak dapat dibuat tanpa mengetahui perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar kulit supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan yang tepat dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!