Sulit
3 tahun
Luka operation sedikit kembung
Doctor, luka operation saya sudah tertutup selepas hampir 6 bulan saya operate dan sentiasa memakai gauze. Tetapi masih terdapat lubang yg sangat2 kecil dan masih keluar air. walaupun nak cuci dengan cotton bite pun tak boleh masuk kerana lubang itu terlalu. Tetapi ada separuh dari luka jahitan itu kelihatan kembung? Kenapa ya doctor? Apakah kembung yg ada di luka jahitan tu berbahaya kerana dipenuhi air bisa? Saya tidak merasakan sakit sama sekali pada luka jahitan tersebut dan bukan nanah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda terdapatnya infeksi pada luka kita adalah seperti berikut:
- Luka selepas pembedahan bertukar menjadi warna merah
- Luka selepas pembedahan menjadi bengkak
- Luka selepas pembedahan menjadi panas
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyatakan bahawa luka pembedahan anda sudah tertutup tetapi terdapat satu lubang yang sangat kecil, ia tidak mendatangkan masalah selagi mana anda tidak merasakan sakit sama sekali pada luka jahitan tersebut dan juga tidak keluar nanah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.