Sulit
3 tahun
Pembedahan (aktiviti lasak)
Saya seorang wanita & telah menjalani pembedahan buang ketulan fibroadenoma (4cm) pada bulan 4 yg lalu pada sebelah kanan. Bolehkah sy melakukan aktiviti lasak seperti bermain badminton ? Ini disebabkan, apabila berpeluh, bekas jahitan akan terasa gatal & pedih apabila terkena baju.
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin tahu jika anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti lasak seperti badminton kerana bekas jahitan anda terasa gatal dan pedih apabila anda berpeluh. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, setelah menjalani pembedahan, pesakit disarankan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat selama 6-8 minggu untuk memastikan tempat jahitan sembuh sepenuhnya. Memandangkan anda telah menjalani pembedahan 4 bulan yang lalu, maka tiada halangan untuk anda bermain badminton. Namun, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini kerana anda memaklumkan bahawa bekas jahitan terasa pedih dan gatal apabila anda berpeluh. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.