Sulit
2 tahun
Masalah saya adalah kulit saya gelap
Kulit saya dari kecil adalah gelap seperti di muka,kaki,legan,tetapi kulit badan saya putih adakah saya ada peluang untuk putih,kalau masih Ade peluang apa yang patut saya buat
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, anda digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar estetik yang berpengalaman. Pakar profesional ini boleh membantu mengenal pasti masalah kulit sebenar dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Tambahan pula, mereka boleh membantu menasihati anda untuk berhenti menggunakan produk kosmetik tertentu terutamanya [roduk yang mungkin menyebabkan kesan buruk yang berkaitan dengan keadaan kulit anda.
Dapatkan bantuan kulit anda daripada pakar estetik!
Berikut adalah beberapa petua untuk difikirkan sebelum memilih produk kulit:
- Baca maklumat pada label produk dengan teliti dan ikuti cadangan yang diberikan.
- Sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang berbahaya kepada kulit seperti pendedahan matahari dan persekitaran yang tercemar.
- Amalkan hidup sihat dan makan makanan seimbang.
- Jangan mudah yakin dengan iklan yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik yang selamat mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyampaikan kesan yang diingini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.