Sulit
2 tahun
Masalah gegata badan
Assalam.saya wanita dalam 30 an.saya ingin bertanya apakah solusi untuk menghilangkan gegata ini tanpa berulang lagi ?ia berlaku secara berulang dan amat memedihkan serta keadaan tersebut telah membuatkan Sy tidak tentu arah. Saya harap dr dapat membantu dalam situasi ini.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, Gegata (urtikaria) adalah bisul merah dan gatal yang terhasil daripada tindak balas kulit timbul apabila sel tertentu melepaskan histamin dan bahan kimia lain ke dalam aliran darah anda.
Masalah ini boleh disebabkan oleh :
- Ubat sakit
- Serangga atau parasit
- Jangkitan
- Mengaru
- Panas atau sejuk
- Tekanan
- Cahaya matahari
- Senaman
- Alkohol atau makanan
- Tekanan pada kulit, seperti dari tali pinggang yang ketat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.