Sulit
3 tahun
Parut kurap yang lama
salam doctor , nak tanya kalau kesan parut kurap ni boleh hilang serta merta ke? saya malu nak jumpaa orang sekeliling boleh doctor suggestkan ubat yang sangat baik untuk hilangkan kesan parut tersebut saya harap doctor dapat beri sedikit sebanyak cara untuk mencegah terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kegelisahan anda mengenai kesan parut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan parut adalah perkara normal yang berlaku dan ia boleh dielakkan dengan tidak menggaru kawasan kurap walaupun ia gatal. Kesan parut biasanya akan mengambil masa selama beberapa bulan untuk hilang sepenuhnya. Kami memahami kesan parut boleh mengurangkan keyakinan pada penampilan diri, oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor pakar kulit supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan untuk anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui konsulasi atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!