Sulit
3 tahun
Jerawat bernanah tumbuh di tepi bibir sebab period nak datang, tp sebab on off mask dia jadi bengkak
saya wanita 26 tahun, saya ada naik jerawat bernanah di tepi bibir sebab selalunya nak dtg period mmg naik. tp kalini dia naik dan saya kurang sihat jadi saya abaikan dia. dan pergi ulang alik ke klinik dengan mask on off, akhirnya bertukar jadi bengkak. ni dh dua hri bengkak. mula nampak surut dah sikit. tp naik balik bengkak. ubat apa yg sesuai saya sapu? perlu ke saya ambik ubat jenis makan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu jerawat di sekitar mulut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Gejala ini juga boleh dicegah dengan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.