Sulit
2 tahun
Cara pulihkan parut jahit yang melebihi 10 tahun
selamat sejahtera, saya merupakan seorang remaja lelaki. Saya nak tanya, ada ke cream atau ubat sapu yang boleh hilangkan parut luka jahitan yang telah melebihi 10 tahun ?luka yang saya dapat ini adalah disebabkan kemalangan yang berlaku semasa saya berumur 5 tahun.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui cara menghilangkan parut. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, parut merupakan hasil proses penyembuhan selepas kecederaan. Berikut adalah beberapa jenis parut:
- Parut keloid - Parut jenis ini tumbuh dengan besar selepas terluka
- Parut kontraktur - Biasanya berkaitan dengan luka kebakaran (terbakar api atau bahan kimia)
- Parut hipertrofi - Mirip parut keloid tetapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang - Bentuknya tergantung kedalaman
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Saiz dan cara merawat parut adalah bergantung pada pelbagai faktor. Biasanya parut tidak akan hilang dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Rawatan parut termasuk atas krim, gel, pembedahan dan juga suntikan. Namun demikian, keputusan ini harus diambil dengan rekomendasi daripada doktor pakar selepas diperiksa.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.