Sulit
3 tahun
Muka gatal dan pedih selepas guna refining toner
saya wanita 26thn…nak tanya… baru2 ni saya mguna kn nano white refining treatment toner… sblum gunakn refining ne muka saya xgatal dan pedih., tetapi liang pori pada muka saya tdak mengecil., dan selepas saya gunakan refining toner ne.,muka saya agak pedih.,tp saya abaikn krna fkr kn mgkn itu tanda nya toner tu mrawat dan sya lanjutkn dgn memakai krim siang., stlah pkai krim siang muka sya jadi gatal pula… gatal tu hanya bahagian rahang2 muka…tapi liang pori pada muka sya dah ttutup sedikit…ada kah itu petanda refining itu tidak baik untuk saya??
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami pedih dan gatal-gatal pada muka selepas menggunakan produk untuk muka. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perasaan pedih dan gatal-gatal boleh menandakan iritasi kulit. Ia bermakna produk muka tersebut tidak bersesuaian dengan muka anda. Tanda-tanda lain termasuklah kemerahan kulit, kulit kering atau mengelupas dan ruam pada kulit. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!