Sulit
2 tahun
Menyambung bekalan Accutane di Malaysia
Saya skrg sedangkan menerima preskripsi accutane di Turki sejak April lepas, pakar kulit yg sy jumpa menyarankan agar sy rujuk dengan pakar kulit di Malaysia agar bekalan oral isotretinoin saya tidak terputus. apakah proses yang perlu saya lakukan ya di Malaysia?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Isotretinoin adalah ubat preskripsi yang digunakan untuk jerawat. Ia hanya boleh dipreskripsi oleh doktor yang berpengalaman menggunakan ubat ini, selalunya Pakar Perunding Dermatologi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!