
Sulit
5 tahun
Saya remaja tetapi payudara kendur dan jatuh
Dr, saya mengalami masalah payudara lembik dan jatuh sedangkan saya berusia 25 tahun, perkara ini berlaku sejak zaman remaja lg, tapi saya tidak tahu punca dan bagaimana untuk menegangkan kembali, sy pernah mencuba beberapa produk seperti serum tapi satu pun tidak berhasil, adalah ia ada kaitan dengan penurunan berat badan? Waktu remaja berat saya mencecah 66kg ke atas sekarang 56kg, mohon pencerahan tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda: bentuk, saiz dan warna payudara bagi setiap wanita adalah berbeza. Hal ini dipengaruhi oleh banyak perkara seperti:
- Genetik seseorang
- Perubahan saiz tubuh badan
- Mengandung
- Umur serta hormon pembesaran
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.