Sulit
6 tahun
Selalu pening dan kadang badan rasa lemah dan berdebar
Assalamualaikum doctor,
Saya puan Nur berumur 45 thn,saya selalu pening dan kdg2 badan rasa lemah berdebar …selera makan pn berkurang…saya ada pernah buat pemeriksaan ke hospital dan mendapati tekanan darah dan jantung saya semuanya normal…doktor kata saya mungkin alami stress…saya ingin tahu adakah saya melalui perubahan hormon atau peri menopause…Terima Kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sel darah merah rendah dalam darah
- kencing manis boleh menyebabkan lemah badan
- masalah tiroid hormon berlebihan
- perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































