
Sulit
3 tahun
Semua keluarga demam
Salam dan Hai , saya ingin bertanya . Saya demam sudah hari keempat . Pada mulanya ibu saya yang demam kemudian kesemua ahli keluarga saya berjangkit demam sehingga ke hari ini … Saya mengalami demam , cirit-birit , pening kepala , kembung perut , sendawa , selesema , kahak dan mual tapi tak muntah … Perlukah setiap ahli keluarga saya buat swab test ? Selain demam covid 19 , demam jenis apa lagi yang ada simptom seperti saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda sekeluarga yang mengalami gejala demam. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan simptom-simpton anda konsisten dengan simptom jangkitan Covid-19, kami menyarankan anda untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk memastikan anda sekeluarga tidak dijangkiti virus tersebut.
Anda boleh mendapatkan ujian saringan di sini.
Namun, gejala yang anda alami boleh juga berpunca daripada jangkitan lain pada sistem pernafasan ataupun sistem penghadaman makanan. Antaranya :
- Akut gastroenteritis
- Keracunan makanan
- Demam denggi
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai perkara ini supaya dapat menentukan puncanya dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.