Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan rasa berangin dalam perut
Saya baru lengkap mangambil 2 dose vaksin. Pada hari pertama selepas vaksin saya terus demam dan selsema.tp pada hari kedua demam saya sudah beransur pulih. Tp yang menjadi masalahnya sekarang saya rasa susah bernafas dan perut berangin.adakah ini perkara biasa doc. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, demam dan ketidakselesaan perut adalah kesan sampingan umum selepas suntikan vaksin covid. Biasanya kesan sampingan vaksin akan sembuh dalam jangka masa satu minggu.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk seperti sukar nafas, pitam dan batuk darah, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454, supaya nasihat terkini boleh diberikan serta rancangan rawatan sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























