
Sulit
4 tahun
Setiap kali membuka mulut rahang berbunyi dapat rasakan tulang bergesel dan rasa tidak selesa
hello doktor saya umur 17 tahun. Setiap kali saya mahu bukak mulut saya dapat rasakan ada tulang bergesel di sebelah pipi kiri dan membuat bunyi. Tidak rasa sakit apa-apa tetapi saya risau jika dibiarkan adakah akan menjadi lebih teruk?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Temporomandibular joint disorder: masalah pada sendi rahang
- Arthritis: keradangan sendi rahang
- Kecederaan pada rahang anda
- Sleep apnea: gangguan pernafasan waktu tidur
- Jangkitan pada kelenjar air liur
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.