Sulit
3 tahun
Tanda tumor melalui Blood Test
Saya wanita berumur 21 tahun. Baru baru ini saya membuat rawatan blood test & didapati ada tumor markers di dalam badan. Apakah possibility yang terjadi pada badan saya selain gastrik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pelbagai jenis penanda tumor sebagai contoh:
- Carcinoembrayonic antigen/CEA: selalunya tinggi pada [kanser usus]
- Alpha-fetoprotein/AFP: Selalunya tinggi pada [kanser hati ]
- CA 19-9: Selalunya tinggi pada [kanser pankreas]
- CA-125: Selalunya tinggi pada [kanser ovari]
- CA 15-3: Selalunya tinggi pada [kanser payudara]
- Prostate specific antigen/PSA: selalunya tinggi pada [kanser prostat]
Tumor marker ialah penanda biologi yang digunakan untuk membantu mendiagnos kanser. Namun, ia sendiri tidak boleh digunakan untuk mengdiagnos kanser kerana tidak begitu tepat. Biopsi boleh digunakan untuk mengenalpasti ketumbuhan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih