nurul.syafika
5 tahun
Test kehamilan semakin samar
Hi doktor , salam sejahtera. Saya Syafika berusia 24 tahun. Saya pernah mengalami keguguran dan telah pun mendapat period pertama saya selepas gugur. Baru-baru ini saya ada membuat ujian air kencing dan keputusan ujian tersebut adalah positif. Setiap hari saya pantau untuk melihat peningkatan dan kepekatan test line tersebut dan apa yang saya dapati line tersebut semakin pekat tapi pada hari ini bila saya melakukan sekali lagi ujian tersebut saya dapati test line tersebut pudar semula. Adakah disebabkan urin yang cair hari ini mempengaruhi keputusan ujian ? Saya tidak mengalami pendarahan ataupun sakit perut yang luar biasa. Ada kemungkinan saya mengalami chemical pregnancy ke ?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyebab negatif upt yang salah :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.