
Sulit
4 tahun
Tiada tanda setelah mengambil pil postinor 2
Salam dr. Sye nak tanya. Sye baru lepas bersama dgn suami sye pada 30hb tanpa perlindungan dan terlepas didalam faraj sy, dan malam tersebut sye trus mngambil pil postinor 2 mgikut waktu yg betul. Tetapi sampai ke hari ini (3hb10) sy masih tidak mendapat tanda2 pgambilan tersebut sperti pening mahupun bercak darah . Sye nk tnya, adakah normal ? Dan sye tak disahkan hamil ? Kerana sy belum bersedia . Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan tidak akan dialami oleh beberapa individu yang mengambilnya. Postinor tiada tanda-tanda pengambilan, anda akan mengetahui postinor akan berhasil bila anda datang haid. Postinor hanya efektif jika anda menggunakan postinor pada waktu makan yang sepatutnya selepas melakukan hubungan seks.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun jika haid anda tidak datang selepas 3 minggu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan jika anda hamil. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.