
rasta9840
5 tahun
Tidak pernah bersenam atau bersukan
Salam sejahtera doktor sekalian… Nama saya fiz dan berumur 32 tahun bekerja sebagai products consultant. Saya ingin bertanya saya seorang yang tidak pernah bersukan sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang dan langsung tiada senaman ringan sekali pun. Boleh saya tahu apa kesan jangka masa panjang dengan masalah saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara masalah yang akan timbul akibat kurang senaman fizikal adalah:
- obesiti
- otot lemah
- penyakit jantung
- diabetes
- stroke
- postur tubuh buruk
- osteoporosis (tulang rapuh)
- sendi kaku
Diharapkan dengan info risiko penyakit yang mungkin terjadi akibat kurang bersenam, diharapkan anda dapat memasukkan sedikit demi sedikit aktiviti fizikal dalam jadual harian anda.
Untuk maklumat tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.