Anonymous
5 tahun
Twitching muscle di anggota badan
Hi doktor…saya wanita berusia 44 thn. Saya sering mengalami twitching muscle terutama ketika hendak tidur. Sering berlaku di berlainan anggota seperti kaki…tangan…muka dan kepala…
Adakah ini normal atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca “muscle twitching” dan kebanyakannya adalah normal. Antaranya:
- Keletihan
- Selepas senaman atau aktiviti sukan
- Anxiety
- Mengambil kafein yang banyak
- Kekurangan nutrisi seperti kalsium, Vit B and Vit D
- Dehidrasi
- Kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.