Anonymous
5 tahun
Buasir di dalam pantang
sy dlm pantang selepas mlahirkan ank … skrang ank sy dh brusia 38 hari … mula² sy kena smbelit … then makin lama mkin sakit bla sy nk buang air besar … lepas buang air besar , sy rasa sakit sgt² … rasa pedih² kt tmpat pmbuangan … mesti menangis lepas mmbuang … dan sy dapati ada 1 ketulan biji di dalam dubur sy dan benda itu laa yg menyebabkan sy sakit utk mmbuang … adakah itu buasir ?? jika betul , mcm mna cara utk hilangkn scepat yg mungkin ?? sy jd trauma utk mmbuang skrg ini …terima kasih doktor …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Secara amnya , segelintir wanita akan mengalami masalah sembelit selepas melahirkan anak. . Kemungkinan anda mengalami sembelit disebabkan oleh:
kekurangan pengambilan air dan buah buahan
tidak mengabil ubat pelembut najis
kawasan faraj yang mengembang dan sakit
Namun begitu hal ini tidak boleh dipandang remeh oleh sebab anda telah pun mempunyai gejala gejala yang lain dan jikalau anda mempunyai kebimbangan anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih