Fakih
5 tahun
Adakah saya mengalami insomnia?
Saya ada beberapa episod di mana saya terjaga daripada tidur dan tidak boleh tidur balik? Adakah ini penyakit insomnia Dr?
5 tahun
Salam sejahtera.
Secara umumnya, insomnia merupakan ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur secukupnya atau perasaan subjektif di mana seseorang itu berasa tidak puas walaupun telah diberi peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Antara tanda-tanda insomnia adalah pengambilan jangka masa yang panjang dari masa melelapkan mata sehingga tidur, tidur yang tidak nyenyak, sering bangun awal daripada masa yang biasa dan keletihan dan perasaan mengantuk pada waktu siang.
Tidur adalah sangat penting untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari. Oleh itu, insomnia boleh mendatangkan kesan-kesan negatif seperti tekanan emosi, risiko yang lebih tinggi untuk kemalangan serta kemerosotan prestasi kerja dan aktiviti harian.
Anda digalakkan untuk berjumpa denagn doktor untuk mengenal pasti punca untuk masalah anda. Rawatan yang terbaik akan diberi kepada anda, termasuk perkhidmatan kaunselling dan psikologi sekiranya anda mengalami tekanan emosi. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan tabiat tidur yang baik atau “good sleep hygiene”.