Sulit
2 tahun
Adakah saya perlu kuarantin?
Sy pernah dijangkiti covid hujung bulan 2 tahun ni.(27/2-5/3 2022).
Sejak semalam badan sy berasa kurang sihat, sejuk. Sy dh mula batuk2. Pagi ni sy ada buat test kit saliva dan result menunjuklan +ve dua line. Saya nak tanya, adakah sy sekarang +ve kali kedua dan memerlukan kuarantin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,keputusan RT-PCR merupakan gold-standard diagnostic test bagi jangkitan COVID-19. Untuk pegesahan keputusan ujian, hanya RT-PCR digunakan. RTK-Ag hanya boleh digunakan untuk saringan tapi tidak boleh digunakan sebagai pengesahan.
Oleh hal yang demikian,saya menyarankan anda untuk membuat RT-PCR sebelum membuat kuarantin.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.