Anonymous
5 tahun
Air Mani Kurang Dan Cair
Sy lelaki , umur 26 tahun , Sy nak tanya kenapa air mani cair dan tidak bertambah walaupun sudah sebulan atau lebih tidak ejakulasi ? Adakah masalah perkara itu dan apakah rawatan utk selesaikan masalah ini kerana sy dgn isteri inginkan cahaya mata
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ejakulasi yang kerap
- obesity atau kegemukan
- gaya hidup yang tidak sihat
- faktor usia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.