
Sulit
3 tahun
Air mazi boleh mengandungkan perempuan?
saya lelaki berumur 18 tahun, dan saya telah melakukan foreplay dengan teman wanita saya, ketika itu, saya sedang melakukan foreplay iaitu menjilat farajnya. tetapi air mazi saya terkena pada luar farajnya (di mulut vagina) adakah penghamilan akan berlaku kalau benda sebegitu terjadi? apa yang saya patut lakukan?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya air mani anda hanya terkena pada luar faraj teman wanita anda, tidak termasuk ke dalam rahimnya, kemungkinan mengandung adalah amat rendah. Biasanya kehamilan hanya akan berlaku jika air mani terpancut ke dalam rahim wanita.
Oleh itu, jangan risau sangat, berdasar penerangan anda, kemungkinan teman wanita anda mengandung adalah sangat rendah ataupun tidak akan berlaku.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.