Sulit
2 tahun
Anak berasa sakit buang air besar
Hello doktor saya nak tanya… Anak saya berusia 2tahun 3bulan…anak saya kalau nak buang air besar dia berasa sakit dan menangis… apakah penyebab nya doktor? Dan dia sudah beberapa hari demam dan lemas sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah sakit ketika buang air besar, dan demam. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala yang anak anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sembelit biasa (kurang minum air dan makanan serat seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.)
- Gangguan penghadaman
- Sindrom iritasi usus
- Jangkitan usus
- Kesan sampingan pengambilan sesetengah ubat
- Ketumbuhan usus seperti polip atau lain
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.