Sulit
3 tahun
Bacaan Tekanan Darah Rendah
Saya wanita berusia 21 tahun, berat 56kg tinggi 158cm. Saya check tekanan darah sebelum makan pada waktu pagi, bacaan 94/60. Boleh saya tahu, adakah ianya normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, tekanan darah rendah adalah hipotensi dimana ketika bacaan tekanan darah rendah dari bacaan normal. Dalam konteks klinikal, bacaan tekanan yang normal adalah bawah 120/80 mmHg. Namun jika ia mencecah 90/60mmHg , keadaan ini boleh dikenali sebagai hipotensi. Secara amnya bacaan tekanan darah rendah, normal dan tinggi;
- Hipotensi - tekanan darah bawah 90/60mmHg
- Normal - tekanan darah bawah 120/80mmHg
- Hipertensi - tekanan darah melebihi 130/90mmHg
Akan tetapi, harus diingatkan berapa bacaan tekanan darah rendah berbeza dari individu ke individu lain, bergantung kepada umur, jantina, dan simptom. Sekiranya seseorang mengalami simptom dan tanda-tanda hipotensi, tetapi tekanan darah beliau tidak bawah 90/60 mmHg, dia masih boleh dikatakan menghidap hipontensi.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih