Anonymous
5 tahun
Breast terasa berdenyut
hai doktor, saya berusia 24 tahun dan sudah berkahwin… masalah saya ialah berasa saya kerap terasa sakit… kadang-kadang di bahagian nipple dan bahagian belakang breast…
adakah sakit breast saya ni salah satu tanda pregnant?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit payudara boleh diakibatkan oleh beberapa penyebab. Penyebabnya tidak selalunya bergantung kepada payudara sahaja. Hal ini kerana terdapat juga struktur lain selain payudara pada sebelah kiri dada seperti jantung, otot pada bahagian dada dan tulang rusuk. Manakala bawah daripada payudara kiri mempunyai limpah. Kesemua struktur ini juga boleh mendatangkan sakit yang kemungkinan disalah anggap oleh pesakit sebagai sakit yang datang dari payudara. Walaubagaimanapun , sakit di bahagian payudara sering juga dikaitkan dengan salah satu simptom kehamilan juga.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.