Sulit
3 tahun
Payudara sakit dan bengkak
Saya wanita berusia 37 tahun.Masih menyusukan anak yang sudah berusia 3tahun.sejak 3 hari kebelakangan ini payudara saya bahagian kiri sakit juga bengkak bahagian hitam payudara.Buat pengetahuan saya pernah jalani pembedahan bahagian payudara yg sama 18 tahun lalu disebab kan susu mengeras n bengkak keseluruhan payudara.Tapi kali ni berbeza hanya bahagian hitam payudara yg mengeras.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Mastitis
- Abcess payudara
- Bengkak susu
- Luka pada payudara
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.