Sulit
2 tahun
Benjolan bahagian dada
saya wanita berumur 22 tahun merasa ada benjolan didada kiri dah buat check up doktor kata hanya benjolan biasa dan sekarang merasa dada terik apa sebabnya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gumpalan tisu fiber (fibroadenoma)
- Gumpalan tisu lemak
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Kanser payudara- lebih lazim dalam kalangan wanita berusia
Seterusnya mengenai persoalan anda,terdapat beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan rasa sakit di kawasan tersebut.Antaranya ialah:
Fluktuasi hormon, terutama selama menstruasi
Pengambilan pil hormon
Infeksi payudara
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.