Sulit
3 tahun
Wife saya Bengkak di bawah ketiak
Wife saya begkak di bahagian ketiak sebelah payu udara sebelah kiri. Sakit bila di tekan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan isteri anda.
Berdasarkan kenyataan diatas, kami memahami bahawa isteri anda mengalami bengkak di bahagian ketiak sebelah payudara kiri yang sakit jika ditekan. Saya akan cuba untuk memberikan maklumat tentang situasi ini dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala yang dialami oleh isteri anda. Antaranya:
- Fibroadenoma
- Breast abscess
- Fibrocystic breast disease
- Skin abscess
Selain itu, terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh dikaitkan dengan simptom isteri anda, iaitu kanser payudara. Bagi mendapatkan diagnosis yang sebenarnya, kami menyarankan agar isteri anda merujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalahnya.
Saya harap jawapan diatas boleh membantu anda, jika anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami untuk berbincang mengenai keadaan isteri anda dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.