Sulit
3 tahun
Ketulan keras di payudara
Saya wanita berusia 48 tahun sebelum ni pernah melakukan pemeriksaan payudara selama 2 tahun kerana ada cyst kecil yang tidak merbahayakan. Lepas dari haid seminggu yg lalu saya merasakan ketulan keras dan sakit apabila ditekan di sekeliling ujung areola
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah ketulan keras pada payudara dan sakit apabila ditekan pada areola. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit payudara boleh diakibatkan fisiologi normal. Sepertimana sakit sebelum kitaran haid kerana perubahan hormon. Walaupun begitu, ketulan pada buah dada yang mempunyai simptom sakit bila dipicit adalah sesuatu yang memerlukan pemerhatian doktor. Ketulan ini boleh berpunca daripada:
- Fibroadenosis
- Cyst buah dada
- Mastitis periduktal ( Periductal mastitis )
- Abscess
- Nekrosis lemak
- Kanser
Berikut merupakan kemungkinan penyebab umum kepada masalah anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.