Sulit
3 tahun
Terasa sakit payuadar belah kanan
Dalm masa 3hari sebulm datang hiad tapi sekarang datg haid dlm 2hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian payudara kanan. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, sakit pada bahagian payudara boleh disebabkan oleh pemakaian ‘bra’ yang tidak bersesuaian dengan saiz payudara. Selain itu, sakit pada payudara juga boleh berlaku sekitar waktu haid disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Namun, ada beberapa jenis penyakit yang juga boleh menyebabkan kesakitan pada payudara, antaranya adalah:
- Mastitis
- Abses payudara
- Penggunaan ubat perancang
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma
- Kanser payudara
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.