Sulit
3 tahun
Payudara lelaki sebelah kiri nampak bengkak/besar
salam doktor. Saya seorang lelaki umur 27 tahun. Saya nak tanya yang saya perasan payudara sebelah kiri saya seperti besar sedikit dari sebelah kanan dah dekat 2 bulan. Saya tak pasti ianya memang besar ataupun perasaan saya saja. Dan saya tak pasti jika saya ada macam terperasan benjolan disekitar payudara tapi tak nampak sangat. Bila betul2 cari baru dapat rasa benjolan tu. setakat ni tak rasa sakit cuma kadang2 tak selesa. Saya rasa risau dengan keadaan ini.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami payudara kiri anda lebih besar daripada kanan bersertakan benjolan. Kami akan cuba membantu anda.
Benjolan dan pembersaran pada payudara adalah sesuatu perkara yang membimbangkan kerana ia boleh menandakan ketumbuhan pada payudara. Namun, sememangnya saiz payudara tidak simetri untuk setiap individu. Di samping itu, benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh lipoma dan gynaecomastia. Jika anda mempunyai simptom lain seperti benjolan pada ketiak, sakit payudara dan perubahan kulit payudara, sila rujuk kepada doktor kerana ia boleh menandakan kanser payudara. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.