Sulit
3 tahun
Adakah penyebab terhadap rasa payudara bengkak?
Saya berumur 20 tahun, ini adalah kali kedua saya mengalaminya. Pada bulan 6 yang lalu payudara kiri saya terasa bengkak,padat,puting menonjol dan rasa sakit ringan(kadang rasa kadang tidak) dan mana kala sebelah kanan hanya terasa penuh dan padat dan saya memiliki tinggi 157 dan berat badan 50…pada hari tersebut saya mengalami panik dan mula mencari tahu berkaitan kanser payudara. Payudara saya kedua-duanya mempunyai selulit tetapi sebelah kiri lebih teruk(selulit tidak berwarna hitam atau biru) .saya melakukan urutan untuk kesan sama ada mempunyai benjolan tetapi tidak ada.saya juga seorang yang minum kopi dengan kuantiti yang banyak. Selepas 3 hari payudara saya kembali keadaan normal semula dan selepas itu saya mengalami haid.Untuk pengetahuan doktor, selepas kejadian itu saya kerap melalukan pemeriksaan sendiri dengan melakukan urutan,mengamati sama ada ada perubahan pada payudara saya seperti arah puting, keadaan puting,warna payudara dan adakah ada cairan tertapi saya tindak mengalaminya.pada hari ini adalah hari kedua saya mengalaminya 11/11 gejala seperti diatas dan saya akan mengalami haid pada 20/11.mohon bantuan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, benjolan di bahagian payudara boleh mempunyai pelbagai puncanya seperti:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Antara tanda kanser payudara:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.